Bagaimanakah mahu mendorong anak-anak kita agar mereka menjadi manusia yang berperibadi mulia?
Tentu sahaja kita mahu mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Apakah modul khabar gembira?
Modul ini digunakan untuk membentuk akhlak anak-anak kita melalui:
1. Ilmu akidah yang dapat diserap ke dalam jiwa anak-anak
2. Ilmu akhlak yang diajar melalui tunjuk cara yang betul
Modul ini memjelaskan 4 teknik yang digunakan iaitu:
1. Sampaikan Khabar Gembira
2. Tunjukkan Contoh Yang Baik
3. Mendorong perubahan tingkah laku
4. Membina dan memuji perubahan tingkah laku tersebut
Contoh khabar gembira yang disampaikan ialah
Ganjaran orang yang bersedekah
1. Sampaikan kisah orang yang telah mendapat ganjaran yang besar apabila bersedekah
2. Menunjukkan cara dan teknik yang betul bagaimana mahu bersedekah
3. Mendorong aktiviti bersedekah dengan mengajak bersama-sama melakukan aktiviti tersebut
4. Membina aktiviti bersedekah dengan memuji dan memberikan ganjaran sosial
No comments:
Post a Comment