Saya teruja membaca idea Puan Guru Ainon Mohd yang tajam dan bernas pemikirannya
Idea Sekolah Agama Khabar Gembira. Pelik nama ini. benarkah akan ada sebuah sekolah agama khabar gembira.
Benar.
Apakah masalah, isu terbesar yang berlaku sekarang berkaitan dengan masalah akhlak generasi masa kini. Apakah sistem pendidikan hari ini gagal melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan insan yang berkualiti?.
Dimana silapnya? saya tidak mahu menulis apakah silapnya.. Saya mahu terus kepada solusi apakah yang boleh kita lakukan dan bagaimana kita mahu memulakan.
Mungkin Sekolah Agama Khabar Gembira hari ini dengarnya agak pelik dan lucu. Namun ia polos dan jujur mahu menyampaikan khabar gembira dan mahu menyumbang dalam menyelesaikan masalah gejala sosial yang semakin berleluasa.
Namun, ia tidak bermakna kami mahu menafikan apakah hukuman-hukuman dan denda itu tidak releven untuk dilaksanakan. Jelasnya kami mahu menyumbang. Menyumbang kepada agama dan bangsa.
Apakah yang akan diajar di Sekolah Agama Khabar Gembira?
1. Sekolah ini akan mengajar ilmu akidah sebagai satu tatacara hidup bukan ilmu pengetahuan
2. Sekolah ini tidak menyiasat kesalahan pelajar
3. Sekolah ini akan menceritakan kisah ganjaran-ganjaran orang yang melakukan kebaikan dan beramal soleh
4. Sekolah ini tidak akan menghukum pelajar atas kesalahanan yang dilakukan yang tidak ada dosa dengan Tuhan
5. Sekolah ini menggunakan teknik storytelling, drama dan aktiviti bermain sambil belajar, belajar sambil bermain..wah seronoknya
No comments:
Post a Comment